Best Buy: Portable HDD Case

Selasa, 30 Mac 2010

Aweber Email Marketing Tools

"Founded in 1998, we create email marketing software to help small businesses automate email follow up and email newsletter delivery. " ~ dpd Aweber.com. Dengan Aweber anda boleh melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  •  email newsletter
  •  website sign-up forms
  •  follow-up autoresponders 
  • email web analytics
  • top notch email deliverability

Sebagai contoh website-website berikut menggunakan Aweber sebagai email marketing tool.

http://www.alatpenjimatan.com/
http://www.ezguard.com.my/

Untuk senarai harga sila lawat link berikut. Harga yang ditawarkan bergantung kepada bilangan pelanggan anda.


Isnin, 29 Mac 2010

Amazon.com Associate Program

Salam sejahtera. Hari ini saya telah menambah tiga gadget dalam blog saya iaitu search gadget, best sellers dan product preview gadget. Amazon menawarkan sehingga 15% komisen daripada harga jualan yang dinyatakan. Untuk anda layak menyertai program ini anda hanya perlu mendaftar di Amazon dan com dan setersunya mendaftar untuk program Associates. Prosesnya sungguh mudah dan langkah demi langkah disediakan. Selamat mencuba.

Rabu, 2 Januari 2008

Selamat datang!

Jika anda pertama kali melawat laman ini saya ucapkan selamat datang. Info yang ada di sini sangat berguna jika anda berminat untuk mendapatkan wang tambahan. Sekiranya anda seorang yang sudah pakar dalam hal ini sama-samalah berkongsi maklumat semoga anda lebih sukses lagi. Peluang memjana wang di internet adalah sangat luas. Pada mulanya saya merasakan kurang orang membuat laman seperti ini, tetapi saya amat terkejut kerana apabila membuat search dalam Google ada beratus ribu laman dalam bahasa melayu seperti ini.

Tip-tip Jana Wang Secara Maya (Online)

Panduan ini adalah untuk orang yang masih mencari-cari kaedah atau cara-cara untuk mendapatkan wang tambahan secara separuh masa atau sepenuh masa. Sekiranya anda sudah pakar dalam bidang ini sudi-sudikanlah memberikan komen yang membina untuk sama-sama berkongsi maklumat supaya dapat sama-sama kita menambahkan wang melalui internet.

Kelebihan Menjana Wang Secara Online

    • Pendapatan yang berterusan
    • Modal yang agak rendah dan ada kalanya percuma
    • Overhead yang rendah
    • Kaedah yang terbukti – sebagai contoh jutawan internet Irfan Khairi, InternetMarketingTips.com
    • Jumlah pelanggan dari seluruh dunia
    • Transaksi 24 jam walaupun semasa anda sedang tidur

Saya akan memberikan panduan yang ringkas dan tepat. Panduan ini juga meliputi tools yang perlu anda perolehi sama ada secara percuma atau beli.

Secara ringkas ada beberapa cara individu mendapatkan wang melalui internet melalui kaedah berikut:

    • Kedai online. Contohnya seperti ebay, amazon dll.
    • Program pengiklanan Google, cth. Adsense
    • Melalui affiliate programme
    • Melalui blogging
    • Melalui tukaran wang asing (Forex)

Kedai Online

Kedai online secara amnya adalah seperti kedai biasa cuma ianya di internet. Di dalamnya terdapat katalog dan shopping cart. Untuk membangunkan sebuah kedai online anda perlu mempunyai website sendiri dan perisian pengurusan kedai. Perisian ini berfungsi antaranya untuk menguruskan promosi, penjualan, pembayaran dan penghantaran. Untuk itu pengetahuan yang mendalam dalam bidang web programming diperlukan. Jika anda mempunyai modal anda boleh mengupah orang untuk memprogramkannya. Tidak dinafikan memang ada perisian pengurusan kedai yang boleh dimuat turun dari internet dan boleh digunakan terus tetapi sedikit sebanyak anda perlu tahu mengenai PHP, ASP atau HTML. Pautan untuk muat turun e-commerce shopping cart percuma adalah seperti di bawah:

Melalui Google

Google menawarkan potensi pendapatan yang menguntungkan kepada sesiapa yang layak menerusi program pengiklanannya iaitu Adsense. Ringkasnya sekiranya anda ahli Adsense, anda akan diberi satu kod iklan HTML yang perlu diletakkan pada website anda. Kod iklan ini akan memaparkan iklan yang Google rasa sesuai berasaskan kepada tema website anda. Sekiranya pengunjung website anda klik pada iklan ini anda akan dapat bayaran secara pay-per-click. Semakin banyak pengunjung klik pada iklan Google ini semakin bertambah pendapatan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati website Google Adsense (http://www.google.com/services/adsense_tour/index.html). Ramai orang yang mendapat wang ratusan ribu ringgit dengan menyertai program ini. Untuk menjadi ahli Adsense anda perlu mempunyai email yang sah dan seterusnya mempunyai website yang akan memaparkan kod iklan Adsense tersebut.

Program Affiliate

Program affiliate ini sebenarnya adalah satu kaedah di mana anda mempromosikan sesebuah website atau produk di internet melalui website anda atau email dan sekiranya ada pengunjung membuat pembelian anda akan dibayar komisen mengikut peratus yang telah dijanjikan semasa anda mendaftar untuk menjadi affiliate. Untuk program affiliate ini apa yang anda perlukan ialah mendaftar sebagai ahli affiliate. Sesetengah organisasi memerlukan anda membuat pembelian dengan mereka sebelum dibenarkan menjadi affiliate dan sesetengahnya tidak. Untuk kaedah ini juga anda perlu mempunyai akaun email yang sah dan website sendiri untuk mempromosikan pautan affiliate tersebut. Terdapat ribuan organisasi menawarkan program affiliate dan berikut adalah beberapa contoh organisasi yang menawarkan program affiliate.

Melalui Tukaran Wang Asing (Forex)

Melalui Forex anda menjadi seperti seorang pelabur. Ia membolehkan anda membuat perniagaan yang menguntungkan dengan turun dan naiknya mata wang dunia. Perniagaan Forex dilakukan dengan memilih pasangan matawang dan pengiraan untung rugi dikira berasaskan kepada turun naiknya salah satu matawang berbanding dengan pasangannya yang satu lagi. Sebahgai contoh, nilai turun naik matawang USD diukur bertentang dengan £ British Pound, € Eurodollar, ¥ Japanese Yen dll. Untuk melaksanakan Forex anda hanya perlu membuka akaun dengan 'trading house' seperti LiteForex, ForexNow, Marketiva dan sebagainya.

Tools

Untuk membolehkan anda membuat salah satu atau kesemua perkara di atas anda perlukan tools seperti berikut:

1. Akaun e-mail yang sah – saya pasti anda sudah mempunyainya

2. Akaun untuk membayar dan menerima bayaran dari pelanggan internet – Paypal, eGold

3. Website – domain dan hosting

Website

Untuk membangunkan sebuah laman web anda perlukan domain name dan hosting. Domain name adalah nama website anda manakala hosting pula adalah tempat di mana anda park website anda. Sebagai contoh anda boleh mendaftar domain name di GoDaddy.com yang harganya agak berpatutan.