Tip-tip Jana Wang Secara Maya (Online)
Panduan ini adalah
untuk orang yang masih mencari-cari kaedah atau cara-cara untuk mendapatkan
wang tambahan secara separuh masa atau sepenuh masa. Sekiranya anda sudah pakar
dalam bidang ini sudi-sudikanlah memberikan komen yang membina untuk sama-sama
berkongsi maklumat supaya dapat sama-sama kita menambahkan wang melalui internet.
Kelebihan
Menjana Wang Secara Online
- Pendapatan
yang berterusan
- Modal yang
agak rendah dan ada kalanya percuma
- Overhead yang
rendah
- Kaedah yang
terbukti – sebagai contoh jutawan internet Irfan Khairi, InternetMarketingTips.com
- Jumlah pelanggan
dari seluruh dunia
- Transaksi
24 jam walaupun semasa anda sedang tidur
Saya akan memberikan
panduan yang ringkas dan tepat. Panduan ini juga meliputi tools yang perlu anda
perolehi sama ada secara percuma atau beli.
Secara ringkas
ada beberapa cara individu mendapatkan wang melalui internet melalui kaedah
berikut:
- Kedai online.
Contohnya seperti ebay, amazon
dll.
- Program pengiklanan
Google, cth. Adsense
- Melalui affiliate
programme
- Melalui blogging
- Melalui tukaran
wang asing (Forex)
Kedai
Online
Kedai
online secara amnya adalah seperti kedai biasa cuma ianya di internet. Di dalamnya
terdapat katalog dan shopping cart. Untuk membangunkan sebuah kedai online anda
perlu mempunyai website sendiri dan perisian pengurusan kedai. Perisian ini
berfungsi antaranya untuk menguruskan promosi, penjualan, pembayaran dan penghantaran.
Untuk itu pengetahuan yang mendalam dalam bidang web programming diperlukan.
Jika anda mempunyai modal anda boleh mengupah orang untuk memprogramkannya.
Tidak dinafikan memang ada perisian pengurusan kedai yang boleh dimuat turun
dari internet dan boleh digunakan terus tetapi sedikit sebanyak anda perlu tahu
mengenai PHP, ASP atau HTML. Pautan untuk muat turun e-commerce shopping cart
percuma adalah seperti di bawah:
Melalui
Google
Google menawarkan
potensi pendapatan yang menguntungkan kepada sesiapa yang layak menerusi program
pengiklanannya iaitu Adsense. Ringkasnya sekiranya anda ahli Adsense, anda akan
diberi satu kod iklan HTML yang perlu diletakkan pada website anda. Kod iklan
ini akan memaparkan iklan yang Google rasa sesuai berasaskan kepada tema website
anda. Sekiranya pengunjung website anda klik pada iklan ini anda akan dapat
bayaran secara pay-per-click. Semakin banyak pengunjung klik pada iklan Google
ini semakin bertambah pendapatan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati
website Google Adsense (http://www.google.com/services/adsense_tour/index.html).
Ramai orang yang mendapat wang ratusan ribu ringgit dengan menyertai program
ini. Untuk menjadi ahli Adsense anda perlu mempunyai email yang sah dan seterusnya
mempunyai website yang akan memaparkan kod iklan Adsense tersebut.
Program
Affiliate
Program
affiliate ini sebenarnya adalah satu kaedah di mana anda mempromosikan sesebuah
website atau produk di internet melalui website anda atau email dan sekiranya
ada pengunjung membuat pembelian anda akan dibayar komisen mengikut peratus
yang telah dijanjikan semasa anda mendaftar untuk menjadi affiliate. Untuk
program affiliate ini apa yang anda perlukan ialah mendaftar sebagai ahli
affiliate. Sesetengah organisasi memerlukan anda membuat pembelian dengan
mereka sebelum dibenarkan menjadi affiliate dan sesetengahnya tidak. Untuk
kaedah ini juga anda perlu mempunyai akaun email yang sah dan website sendiri
untuk mempromosikan pautan affiliate tersebut. Terdapat ribuan organisasi
menawarkan program affiliate dan berikut adalah beberapa contoh organisasi
yang menawarkan program affiliate.
Melalui
Tukaran Wang Asing (Forex)
Melalui Forex anda
menjadi seperti seorang pelabur. Ia membolehkan anda membuat perniagaan yang
menguntungkan dengan turun dan naiknya mata wang dunia. Perniagaan Forex dilakukan
dengan memilih pasangan matawang dan pengiraan untung rugi dikira berasaskan
kepada turun naiknya salah satu matawang berbanding dengan pasangannya yang
satu lagi. Sebahgai contoh, nilai turun naik matawang USD diukur bertentang
dengan £ British Pound, € Eurodollar, ¥ Japanese Yen dll. Untuk melaksanakan Forex anda hanya perlu membuka akaun dengan 'trading house' seperti LiteForex, ForexNow, Marketiva dan sebagainya.
Tools
Untuk membolehkan
anda membuat salah satu atau kesemua perkara di atas anda perlukan tools seperti
berikut:
1. Akaun e-mail
yang sah – saya pasti anda sudah mempunyainya
2. Akaun untuk
membayar dan menerima bayaran dari pelanggan internet – Paypal,
eGold
3. Website –
domain dan hosting
Website
Untuk membangunkan
sebuah laman web anda perlukan domain name dan hosting. Domain
name adalah nama website anda manakala hosting pula adalah tempat di
mana anda park website anda. Sebagai contoh anda boleh mendaftar domain
name di GoDaddy.com
yang harganya agak berpatutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan